Saturday, June 21, 2008

Adakah Hukuman Rotan Itu Sesuai Digunakan?

Dalam dunia yang serba moden ini, kerja guru-guru di sekolah semakin mencabar. Ini berikutan dengan pelajar-pelajar dalam ala ini semakin hari semakin liar sikap. Mereka menjadi lebih degil dan berani menentang guru mereka semata-mata untuk menunjukkan kepadaian dan kebranian yang dimiliki sendiri.

Memandangkan keadaan menjadi semakin sulit, kementerian pendidikan telah mengambil langkah proaktif untuk menyelesaikan masalah ini dengan memperkenalkan suatu sistem yang agak mengerunkan, iaitu hukuman rotan. Hukuman rotan boleh dikatakan suatu sistem yang berkesan terutamanya bagi murid-murid sekolah rendah, persoalannya, adaka hukuman rotan juga boleh member kesn efektif terhadap pelajar di sekolah menengah?

Berdasarkan suatu laporan yang dibuat mendapati hukuman rotan tidak sesuai dilaksanakan di sekolah menengah. Ini disebabkan pelajar sekolah menengah yang biasanya terdiri daripada golongan yang berumur 12 hingga 18 itu merupakan tahap dimana mereka masih mengalami proses tumbuhbesaran bahkan fizikal mahupun mental. Dalam proses tersebut, kebanyakan mereka akan bersifat liar dan mudahtersinggung, oleh itu, hukuman rotan memang tidak sesuai digunakan ke atas mereka. Sekiranya sistem ini masih diteruskan, pihak guru khuatiri mereka akan menjadi sasaran pelajar dalam hal balas dendam. Memang tidak dapat dinafikan bahawa pelajar yang telah dihukum oleh seseorang guru dengan sebatan rotan akan berasa marah dan benci akan guru tersebut, tetapi mereka masih dalam kawalan peraturan sekolah. Oleh itu, meeka seakan-akan meyimpan perasaan benci dan dendam itu dalam diri mereka sehingga hilang kawalan, lalu melakuka sesuatu yang tidak sepatutnya seperti mencalarkan kereta guru atau menumbuk guru tanpa memikirkan akibatnya.

Sepertimana yang dikatakan, hukuman rotan memang tidak membawa apa-apa faeadah kepada si pelaku dan juga guru yang terlibat,justeru suatu langkah yang lebih efektif haruslah diselidik dan laksanakan serta-merta. Antaranya ialah menggunakan cara bimbingan kaunseling atau guru-guru sendiri haruslah meluangkan lebih banyak masa bersama pelajar mereka agar lebih memahami seseorang keperluan seseorang pelajar. Selain daripada itu, mendengar keluhan isi hati dari pelajar serta memberi nasihat juga merupakan suatu langkah yang bakal mengurangkan masalah sosial di sekolah.

Sebenarnya, guru-guru juga boleh memainkan peranan penting sebagai seorang penjaga yang setia kepada mereka. Membntu mereka dari semasa ke semasa. Maklumlah dengan bantuan seorang guru yang berdedikasi, segala kesulitan yang dialami oleh pihak sekolah akan dapat diselesaikan secepat mungkin.

Kevin Davidson

No comments: