Thursday, June 5, 2008

Mengimbau Tragedi Gempar Bumi May 12

Aku tidak menyangkakan segala-galanya berlaku dalam sekelip mata sahaja. Adakah itu takdir yang ditentukan oleh Allah s.a.w? Apakah aku turut ditakdirkan untuk teruskan hayatku di dunia yang penuh dengan cabaran ini? Pelbagai persoalan asyik bermain dalam fikiranku selepas tragedi 12 May 2008. Sekilas mengimbau kejadian itu, debaran hatiku masih aktif, ketakutan yang menghantui hatiku tidak pernah terpadam. Barangkali aku harus jadikannya sebagai memori yang bakal disampaikan kepada generasi masa depan, baik jadikan pedoman dalam hidup mahupun semata-mata cerita dari moyang mereka.

Sekembalinya ke May 12, iaitu pada hari Isnin, seperti biasa, aku bersama anak jiranku, Mei Mei berjalan kaki ke sekolah. Sebelum itu, aku berasa leka sekali untuk bangun dari tidur kerana selepas membantu dalam sawah ibu, aku pasti rasakan kengalihan yang tak terhingga itu. Sedangkan kerja memboreng di kaki gunung sebelah barat rumahku itu tak enteng, ini telah menyebabkan tubuhku hampir rebah dibuatnya. Maklumlah semua kerja itu adalah rutin, tidak kisah sesusah manapun, aku tetap membanting empat keratku dan merana disitu. Pasal sekolah, itu langsung tidak boleh disoalkan, kerana ia tetap menjadi obligasi bagi kita sebagai remaja. Secara bangat-bangat, aku terjaga dari tiduran yang manis itu, aku terus bergegas ke bilik air untuk bersihkan diri lalu memakai pakaian yang sesuci dewi. Faham-faham sahajalah maksudku, iaitu baju sekolah. Justeru, aku bersama Mei Mei berjalan kaki menuju ke sekolah yang 3 kilometer jauhnya itu, nak kata jauh taklah sangat, kerana kami hanya mengambil masa 30 minit untuk tiba ke destinasi. Perjalanan itu kekal sama seperti sediakala, Cuma fenomena sekeliling kami nampak agak pelik, selain mendung, kegelapan yang masih menjelang itu alamak marabahaya akan melanda.

Setelah berjalan 2 kilometer, suatu kejadian yang tak pernahku saksikan selama ini telah muncul didepan mataku. Kelihatan anak-anak kodok keluar dari comber di sebelah jalan. Dalam sekelip mata sahaja, jalan itu menjadi gridit-pidit. Entah-entah kemana pergi anak –anak kodok itu. Dalam benakku, mereka seakan-akan berjauran sahaja. “ Adakah sesuatu akan terjadi?” bisik hati kecilku. Mei Mei turut terperanjat dengan fenomena itu dan asyik tertanya-tanya akan situasi tersebut, aku hanya membisu gara-gara aku sendiri juga dalam kebingungan. Wabadahu, kami teruskan perjalanan tanpa berceceh. Setibanya di sekolah, jam sudah menunjukkan 7 pagi. Nasib baik kami tiba tepat masanya. Tanpa berlengah-lengah, kami terus melangkah ke dalam kelas untuk menggerrayak baris pertama. Memanglah kerja setiap hari membosankan, imtihan tetap berakhir dengan imtihan. Aku bangat-bangat menyiapkan semua soalan lalu melemparkan mata kecilku ke luar tingkap. Segar sungguh apabila melihat pemadangan yang malar hijau itu, berat hatiku hendak menatap pada papan yang penuh dengan tulisan.

Semasa aku dan Mei Mei hendak menghantar kertas soalan kepada Cikgu Meng, tut-tut, kami berasa pening dan kaki itu seakan-akan tidak terpijak pada bumi. “Jangan-jangan apa-apa yang disangkakan itu betul-betul berlaku?’ bisik hatiku lagi. Mei Mei yang jeringkai itu tergocoh-gocoh memegang pada tingkat sebelah kananya kerana takut jatuh. Sekonyong-konyong itu, jeritan kedengaran. Cikgu Meng segera menyuruh anak-anak muridnya menyembunyikan diri dibawah meja. Oh, barulah aku sedar gempa bumi telah melanda. Keadaan kelas menjadi kacau-bilau dan ada pula hanya termegun bagai terkena pesona. Aku bersama Mei Mei langsung tiada peluang untuk melarikan diri dan hanya terdengar runtuhan yang bertalu-talu dari blok belakang. Gegaran ganas itu turut menyebabkan aku jelanak hingga terhungap-hungap. Apa yang aku terdengar buat tatapan terakhirku hanyalah jeritan tolong Cikgu Meng. Aku tersentak lalu tidak sedar diri.

Aku tidak ingat lagi berapa lama telah aku hilang kewarasanku. Apabila aku mendusin, Cuma kegelapan menyelubungi mataku. “Mei Mei! Mei Mei! Di mana kau berada?” sambil menjerit, sambil pandang-memandang sekeliling yang gelap-gelita. Alangkah terkejutnya aku, apabila terlihat Cikgu Meng berada di sebelah aku. Malang tidak berbaur, demi melindungi Mei Mei, Cikgu Meng telah mati dicucuk oleh besi bangunan yang sebesar 5cm besar lilitannya. Aku berasa miruk apabila melihat kepala Cikgu Meng telah kempis akibat dinding yang runtuh itu. Entah mengapa tuhan berbuat demikian terhadap Cikgu Meng, seorang cikgu yang bertanggungjawab, dan berkaliber telah hilang nyawanya begitu sahaja.. Aku langsung tak sampai hati melihat beliau mati dalam keadaan dahsyat. Disebabkan tubuh Cikgu Meng melindungi Mei Mei yang jeringkai itu, barulah Mei Mei berpeluang hidup. Namun, Mei Mei masih tidak tertahan dengan timbunan sisa bangunan yang tertinjak pada tubuhnya itu, lalu meninggal dunia serta-merta. Perit! Sungguh perit aku melihat kejadian yang penuh dengan kekejaman itu. Demi meneruskan hidup, aku terpaksa bertabah untuk menempuhi segala rintangan yang bakal aku hadapi.

Masa berlalu dengan cepatnya, tatapi, aku bagai manusia yang terpisah daripada dunia nyata. Suhu badanku semakin menurun akibat kelaparan, kedua-dua kaki aku pula tidak terdaya nak bergerak kerana terkena serpihan simen yang berat. Aku asyik tertanya akan nasibku yang malang ini, sama ada aku akan teruskan hidup atau melepaskan sahaja. Isyah-Allah ada-ada sahaja petunjuk dari Tuhan yang Maha Esa. Aku tidak percaya akan nyawaku berakhir disitu sahaja. Segala swadaya telah aku curahkan dan bergelut-gelut dalam timbunan, namun masih gagal melepaskan diri daripada cengkaman kuat. Seketika itu, aku mula kecewa dan teringin mati dengan cepat. Tiba-tiba, kedengaran pula percakapan orang yang samar-samar. Aku cuba menjerit sekuat hati, tetapi masih gagal dikesan oleh pasukan penyelamat. Rasa-rasa, sudah hari kedua aku berada dalam timbunan tersebut, aku berasa amat lapar dan tidak terdaya hendak menjerit. Demi teruskan hidupku, aku beranikan diri memakan cacing-cacing disisiku, apabila rasa kehausan, terpaksa pula aku minum air kencing sendiri. Gara-gara termakan semua benda itu, mulutku berbau mayat.

Memakan cacing dan minum air kencing bukanlah sesuatu yang menyeramkan bagiku, apa yang memeranjatkan aku ialah tubuh Mei Mei dan Cikgu Meng mula reput. Kelihatan muka mereka yang kembang lagi bernanah itu membuatkan aku tak henti-henti meluat. Pada hari ketiga, mayat-mayat yang berada disekelilingku mula mengeluarkan bau yang amat tidak menyenangkan. Rupa air muka mereka seakan-akan kertas yang direnyukkan.

Hari demi hari, aku cuma terlantar di posisi yang sama dengan harapan ada orang menyelamatkan aku. Bertapa gembiranya aku apabila terlihat cahaya samar menyinari tubuhku. Tak silapku, itu tanda orang telah menjumpai aku. Dengan cara pantas, aku cuba sedaya uapaya untuk menjerit pertolongan. Akhirnya, aku telah dekeluarkan dari timbunan yang dahsyat itu. Kelihatan sekeliling sekolah aku menjadi kelam-kabut, bangungan yang indah itu telah lenyap dalam dursina tersebut. Semasa aku disulungkan ke ambulans, terdengar pula tangisan yang memilukan hatiku. Walaupun aku salah seorang mangsa yang ditimbus dalam longgokan simen itu, tetapi aku tetap bersyukur kerana masih berpeluang hidup di dunia ini.

Dengan pantasnya, aku dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Entah kenapa nasib malang pada hari itu datang bertimpa-timpa. Setibanya ambulans di suatu selekoh, aku tiba-tiba terlempar ke luar ambulans. Rupa-rupanya, tsunami telah melanda. Aku langsung hilang semangat untuk terus hidup kerana air yang deras itu membawa aku melulu ke tebing sungai. Peliknya, aku tetap dilindungi, tubuhku yang lemah tersangkut pada sebatang kayu yang memangkah. Tidak lagi aku terdaya melakukan apa-apa dan hanya menunggu hajatku disitu. Dalam sekelip mata lagi, aku dijumpai pasukan penyelamat. Aku dibawa pergi dari tempat kejadian dengan serta-merta melalui jalan air.

Kini, aku telah selamat sampai ke darat. Pandanganku semakin kabur kerana keletihan yang aku tanggungi selama beberapa hari dan nasib malang yang bertimpa-timpa itu telah membuatkan aku ganal mati. Setibanya di hospital, aku sudah tidak sedar diri. Selepas lima hari lamanya aku dilantarkan di hospital, tenaga yang hilang itu pulih perlahan-lahan. Namun, aku masih tidak dapat berkata apa-apa dan hanya mampu memanggutkan dan menggelengkan kepala. Demikianlah berakhirnya marabahaya yang disangka-sangkakan itu. Walaupun aku Berjaya diselamatkan, tetapi dalam benakku asyik terbayang bertapa sakit dan peritnya kehilangan Mei Mei dan Cigku Meng, demi menyelamatkan antara satu sama lain, mereka telah menggadaikan nyawa sendiri. Sekilas mengimbas kembali suasana yang penuh dengan gembar-gembar itu, teringatlah aku akan ilat yang tidak berhati perut itu. Perasaan benci dan geram rasanya sukar dipadamkan kerana aku telah diberitahu oleh pesakit di katil sebelahku, Pak Min Yang mengatakan kejadian gempar bumi itu telah meragut berjuta-juta nyawa yang tidak berdosa.

Hari demi hari, aku telah sembuh hampir 95%, semua pergerakan yang terhad sebelumnya telah aktif semula. Masalahnya, percakapan aku masih berdolak-dalik kerana mengalami kecederaan di bahagian leher. Kata doktor, ia mungkin memerlukan masa yang agak panjang untuk pulih sepenuhnya. Lantaran itu, aku meminta izin untuk bersiar-siar di taman berdekatan. Sesungguhnya suasana disitu memang lain daripada tempat bencana, tetapi semua babak mutakaddim itu masih segar dalam ingatan. Aku sambil jalan sambil membayangkan tragedy ngeri itu serta taulanku yang selalu bersama-sama dalam melakukan segala jenis aktiviti. Aku begitu mengharapkan semua kenangan manis itu akan kembali kepada aku dalam dunia realiti. Semasa aku berehat dibawah sebuah pohon yang redup, pandanganku bagai terlihat wajar yang simile dengan Mei Mei. “Adakah itu Mei Mei? Bukankah dia sudah mati? Tak mungkin! Tak mungkin! Hakikatnya dia sudah tiada lagi.” Aku mengertak pada diriku sambil tertanya-tanya pada diriku. Maklumlah orang sekeliling menganggapku ini darat. Hairannya, budak perempuan yang serupa dengan muka Mei Mei itu datang memegang tanganku- “Bang! Abang masih ingat aku tak?” Aku tersentak mendengar budak perempuan itu memanggil aku abang, kalaulah itu Mei Mei, tidak mungkin dia akan memanggil aku begitu. Aku mengangkat kepala dan menatap wajarnya dengan jelas sekali, rupa-rupanya dia adalah adik perempuan Mei Mei. Bertapa gembira aku melihat kemunculannya. Sedangkan Mei Mei sudah tiada lagi di dunia ini, tetapi adiknya masih hidup. Rasanya, semua ini telah ditakdirkan.

Setelah bersembang panjang dibawah pohon yang redup, tut-tut, aku teringat pula akan ahli keluargaku. Entah kenapa aku terasa ada sahaja sesuatu yang tidak kena. Aku segera meminta pertolongan daripada pihak hospital untuk mengesan identiti papa dan mama aku, harap-harap aku tidak akan menerima tamparan hebat lagi. Pada mulanya, mereka gagal mencari maklumat berkaitan dengan papa dan mama aku, namun aku tidak pernah melepaskan segala cerlak yang ada. Aku tidak pernah mutung untuk mencuba segala jenis cara yang ada untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan kedua-dua orang tuaku. Aku tidak menyalahi pihak hospital yang gagal mengesan mereka, kerana mereka telah cuba segala swadaya yang ada untuk membantu aku. Sebaliknya, aku amat beterima kasih atas kerelaan mereka dalam membantu semua mangsa gempar bumi tanpa banyak soal.

Selepas tiga hari berturut-turut ahli paramedik mencari orang tuaku, akhirnya mereka telah berjaya mengesan kedudukan sebenarnya. Perasaan gembira yang tak terhingga itu sukar dijelaskan ketika itu, aku hanya dapat menunggu ahli paramedik membawa mereka ke sisiku.Begitu juga dengan adik Mei Mei, Mei Man. Kami berdua duduk sambil terkelap, lalu berjalan-jalan di sekitar hospital untuk menunggu ketibaan ibu bapa masing-masing. Sebentar itu, kelihatan sebuah kereta hitam muncul di pintu masuk. Kami berdua bergegas kearah kereta itu lalu menjerit-jerit akan ibu bapa masing-masing. Alangkah terkejutnya apabila dua orang lelaki mengusungkan empat mayat yang ditutupi dengan rahap. “Mereka sudah meninggalkan kami?” air mataku dan Mei Man terus berlinangan ke sisi pipi kemudian diikuti dengan tangisan teresak-esak.

“Dik, adik…Usah menangis, lihat betul-betul…” Kata seorang abang.

Kami berdua bangat-bangat mengesat air mata lalu menatap dengan mata terbeliak akan kempat-empat mayat itu. Isyah-Allah…keluh Mei Man. “ Itu bukan papa dan mama kami bang, itu jiran tetangga kami! Ya Allah! Aku hampir rebah ketika mengecam akan mayat itu, rupa paras mereka sudah berbeza dengan apa yang pernah kami temui sebelum itu, mata mereka sudah reput dan kaki serta tangan menjadi dengkang-dengkol. Rasanya amat menjijikan dan mengermangkan aku. AKu pejam mata dan tarik nafas sedalam-dalamnya, sejurus itu, datang pula sebuah kereta ambulans, sekali lagi, kami berdua berkejaran ke arah ambulans untuk melihat mangsa seterusnya.

Aku langsung tidak tefikir dalam kereta ambulans itulah terbawa orang yang kami nanti-nantikan. Apabila pintu kereta dibuka, papa dan mama aku terus berpaut kuat pada tubuhku. Itulah saat-saat yang paling bermakna dalam hidupku kerana aku berpeluang bersama dengan ahli keluarga yang tersayang. Mei Man turut menangis teresak-esak setelah melihat ibu bapanya muncul dari kereta ambulans itu. Yang bezanya Cuma dia telah kehilangan seorang kakak. Tanpa berlengah, kami semua menuju ke bilik rawatan. Sepertimana yang diarahkan oleh seorang jururawat.

Memang rasa leganya setelah diberitahu bahawa ibu bapa kami berdua hanya mengalami kecederaan ringan, lalu dibenarkan pulang selepas dua hari. Walaupun kami telah kehilangan harta benda dan tempat kediaman, tetapi itu tidak menjadi teraha untuk kami teruskan hidup. Yang pentingnya orang tersayangku masih berada di sisi, segala-galanya akan bisa dibereskan dengan usaha yang berterusan. Setelah lapan bulan bertungkus-lumus di tempat tinggal baru yang diagihkan oleh kerajaan, akhirnya, kami berjaya mengusahakan lagi sebuah ladang yang agak besar sebagai sumber pendapatan bulanan untuk membeli barangan kegunaan harian dan persekolahan aku dan Mei Man. Pada masa senggang, aku akan menemani Mei Man ke taman berdekatan untuk bermain dan bersiar-siar disitu. Semua keadaan yang kacau-bilau dan perasaan ghobar itu kembali seperti sediakala.

(2039 patah perkataan)

Karya daripada:

Kevin Davidson Dé Joseph Jee Chee Liong

No comments: