Saturday, June 21, 2008

Adakah Kepercayaan Karut dan Tahyul Perlu Dielakkan?

Hantu, jin, ifrit merupakan isu hangat yang diperkatakan oleh segelintir masyarakat yang masih berpegang kepada kepercayaan tahyul dan karut. Namun, adakah semua ini suatu kebenaran atau semata-mata mistik yang masih belum dibuktikan secara saintifik.

Berdasarkan pendapat pakar-pakar psikologi menyatakan bahawa semua benda halus yang dikatakan sebelum ini berkemungkinan hasil daripada imaginasi seseorang, kemudian disebarkan dengan menggunakan kata-kata yang bakal mempengaruhi minda seseorang secara agresif. Menurut Encik Kevin Davidson, seorang insan yang memiliki keupayaan untuk menjangka dan melihat sesuatu yang tidak boleh dilihat oleh orang biasa adalah dikenali sebagai "Sixth Sense" dalam dunia saintifik, kebenaran akan perkara ini masih belum ada jawapannya. Orang yang memiliki keupayaan tersebut sememangnya mampu melihat benda halus dengan mata telanjang tanpa memerlukan sebarang peralatan khas.

Mengikut pengalaman Encik Kevin, beliau merupakan salah seorang yang boleh melihat merasakan dam menjangkakan sesuatu perkara sebelum ia berlaku. Katanya, pelbaga fenomena pelik akan berlaku sebelum anda berpeluang melihat keadaan sebenar melalui intuisi anda itu. Contohnya, terlihat bayang-bayangan yang mengerunkan, berasa miruk dan fikiran menjadi kacau-bilau, ini terutamanya bagi pekara buruk yang akan melanda. Beliau juga menegaskan bahawa semua ini sedikit sebanyak berkaitan dengan kacauan dari jin atau ifrit.

Untuk membuktikan apa yang telah dikatakan beliau itu benar, pihak kami juga meminta Encik Kevin menjelaskan rupa bentuk bagi ifrit dan jin yang pernah dilihatnya. Setelah mendengar, kami berasa miruk dan berasa angin disekeliling menjadi makin sejuk. Barangkali itu cumalah suatu geragak normal. Memandangkan masa yang diperuntukkan itu tidak mencukupi, kru kita terpaksa berhenti menemu ramah beliau buat seketika, sekiranaya anda berminat untuk mengetahui yang lebih lanjut, ingatlah kembali lagi pada bila-bila masa...

1 comment:

Dream said...

wah... "beliau" wor... haha....